Objektif Utama

Satu inisiatif PPZ-MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.

Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.

Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

Syarat Permohonan


Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.

Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.

Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.

Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan


Bukti Pengenalan Diri
Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.
Bukti Pendapatan
Bagi yang bekerja - slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
Bukti Perniagaan
Bagi Peniaga/Penjaja Kecil - Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
Akaun Bank
Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Soalan Lazim


Pemohon perlu memohon dalam talian dengan mengisi borang permohonan di sini, pada bila-bila masa.

  • Warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama.
  • Golongan B40 (Individu atau keluarga) yang terjejas pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji, dan cuti tanpa gaji.
  • Peniaga Kecil / Penjaja yang terjejas perniagaannya.
Proses permohonan dalam tempoh 7 hari.
Pemohonan ini dibuka bermula 1hb April 2020 (Rabu). Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.
  • Salinan kad pengenalan atau pad polis/tentera pemohon.
  • Bagi yang bekerja - slip pendapatan/pengesahan pendapatan (bagi yang masih bekerja) / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  • Bagi peniaga/penjaja kecil - lesen perniagaan/resit sewa tapak perniagaan atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat-naik (upload) di dalam borang permohonan.
Tidak boleh, bantuan ini hanya berbentuk ONE OFF (sekali sahaja) bagi setiap keluarga atau individu. Permohonan KALI KEDUA adalah TIDAK DIBENARKAN demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.
Melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.
  • One Off – RM 300 sahaja bagi setiap keluarga
  • Permohonan kali kedua adalah tidak dibenarkan demi untuk memenuhi keperluan keluarga yang lain.
Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap. Tempoh kemasukan wang bantuan ke akaun adalah bergantung kepada urusan bank yang berkenaan, dan SMS pemakluman akan dihantar selepas bayaran kepada bank anda dibuat.
Untuk mengetahui status permohonan bantuan Musa’adah Khaira-PPZ ini, anda boleh menyemak dengan memasukkan pengenalan diri di laman utama.
Tiada. Semua permohonan diuruskan secara terus oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)